Akademik
Kejayaan Cemerlang SRAI Dalam Peperiksaan UPSR & UPSRI Diniyyah
Murid Tahun Enam SRAI membuktikan kecemerlangan seimbang dalam kurikulum kebangsaan dan diniyyah dengan kadar kelulusan membanggakan 94.4%.
AL-IRSYAD
Pendidikan di Al-Irsyad adalah suatu proses yang berteraskan tauhid bagi membina insan yang rabbani di dalam sistem yang holistik, bersepadu, seimbang dan dinamik berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Usaha ini adalah bagi membentuk individu yang berkemampuan membangunkan kehidupan diri, keluarga, masyarakat dan negara ke arah satu peradaban yang sejahtera demi kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Menggabungkan Kurikulum Standard Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama Kurikulum Diniyyah JAIP dan penghayatan sunnah yang kukuh.
Melahirkan modal insan berakhlak mulia, berdaya tahan, mampu memimpin masyarakat dan membina peradaban ummah yang gemilang.
Laluan pendidikan lengkap bermula dari pendidikan awal Pasti, Sekolah Rendah (SRAI), Sekolah Menengah (SMAI), hingga Maahad Tahfiz Al-Quran (SRAIT).
Satu organisasi pendidikan bersepadu dengan 4 cawangan khusus untuk setiap peringkat umur anak anda.
Sekolah rendah swasta pertama di bumi Darul Makmur dirasmikan oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang (1992). Melahirkan murid soleh wa musleh dengan pencapaian cemerlang UPSR & peperiksaan diniyyah UPSRI.
Lokasi: Lot 19, Kg Kurnia Batu 3 1/2, Jalan Gambang, 25150 Kuantan
Kokurikulum: Taekwondo, Memanah, Kelab Catur
Kesinambungan pendidikan Islam integrasi dan formal. Mempunyai asrama lengkap, bilik rehat, surau dan kemudahan sukan untuk membentuk generasi muttaqin yang menghayati Islam dan berdikari.
Lokasi: Kampung Kurnia, Batu 3 1/2, Jalan Gambang, 25150 Kuantan
Kokurikulum: Memanah, Tenis, Bola Tampar
Pusat pengajian tahfiz Al-Quran berprestij yang memfokuskan kepada hafazan bersanad, pemantapan tajwid, fardhu ain dan asas akademik dalam suasana pembelajaran yang tenang dan kondusif.
Lokasi: Jalan Kempadang Utama 1, Kampung Derhaka, 26060 Kuantan
Program: Hafazan Al-Quran, Tarbiah Sahsiah & Kemahiran Insaniah
Menyediakan asas didikan awal yang ceria dan mantap merangkumi asas membaca, mengira, menulis, adab harian, hafazan doa harian serta asas bacaan Al-Quran sejak awal usia.
Lokasi: Batu 3, Jalan Gambang, Perkampungan Belukar Maju, 25150 Kuantan
Hubungi: 09-536 4969
Bukti komitmen berterusan Sekolah Islam Al-Irsyad dalam membimbing generasi ummah sejak 1989.
1989
Tahun Pengasasan
37+ Tahun Khidmat4
Rangkaian Sekolah
Pasti, SRAI, SMAI, SRAIT800+
Jumlah Murid
SRAI, SMAI & Tahfiz50+
Guru & Staf
Berpengalaman & Berdedikasi94.4%
Kelulusan Cemerlang
UPSR & Peperiksaan DiniyyahIbu bapa boleh membuat permohonan kemasukan baharu dan semakan status pendaftaran melalui sistem Awfatech rasmi Al-Irsyad Kuantan.
Akademik
Murid Tahun Enam SRAI membuktikan kecemerlangan seimbang dalam kurikulum kebangsaan dan diniyyah dengan kadar kelulusan membanggakan 94.4%.
Kokurikulum
Sukan sunnah memanah terus subur di Al-Irsyad apabila pemanah cilik dan menengah membawa pulang gelaran juara dalam pertandingan peringkat negeri.
8:00 Pagi • Terbuka untuk murid 9-15 tahun
Memupuk kecergasan jasmani dan disiplin mental melalui pelbagai sukan sunnah dan fasiliti moden.
Disediakan di SRAI & SMAI
Gelanggang khas di SMAI
Kelab sukan aktif di SMAI
Membina ketangkasan seni mempertahankan diri serta mengasah pemikiran taktikal murid SRAI.
Bina masa depan anak anda dengan didikan seimbang antara akademik berkualiti dan kefahaman Islam yang syumul. Tempat adalah terhad bagi setiap sesi persekolahan.