Terkini Pendaftaran Sesi Persekolahan 2026/2027 Kini Dibuka untuk SRAI, SMAI, Tahfiz & PASTI!

Kemudahan Kampus & Aktiviti Sukan

Prasarana lengkap dan kondusif bagi menyokong perkembangan akademik, sahsiah, rohani dan jasmani pelajar.

Pembangunan Jasmani

Sukan Sunnah & Kelab Kokurikulum

Kelab Memanah SRAI
SRAI & SMAI

Kelab Memanah Sunnah

Melahirkan pemanah berdisiplin tinggi dengan teknik panahan sunnah tradisional dan moden yang beraksi cemerlang di kejohanan peringkat negeri.

Gelanggang Tenis SMAI
SMAI Asrama

Kelab Tenis SMAI

Gelanggang tenis khusus di kampus SMAI bagi membentuk ketahanan stamina, ketepatan pukulan, dan kecekapan sukan raket para pelajar.

Gelanggang Bola Tampar SMAI
SMAI & SRAI

Bola Tampar, Taekwondo & Catur

Aktiviti bola tampar di SMAI serta seni mempertahankan diri Taekwondo dan Kelab Catur di SRAI untuk ketajaman minda dan ketangkasan.

Kehidupan Pelajar SMAI

Sistem Asrama Penuh SMAI

Asrama penuh di SMAI diwujudkan untuk membantu melicinkan perjalanan pentadbiran sekolah serta memudahkan aktiviti-aktiviti harian, solat berjemaah, halaqah qiamullail, kelas ulangkaji terancang dan kawalan disiplin oleh barisan warden bertugas.

Bangunan Asrama Penuh SMAI