20
Buah Kelas
Tahun 1 hingga Tahun 6
600
Orang Murid
Kapasiti Pembelajaran
35
Orang Guru
Berdedikasi & Terlatih
RM250
Yuran Bulanan
Struktur Berpatutan
Sejarah & Pencapaian SRAI Kuantan
SRAI bermula pada Januari 1989 dengan hanya 17 orang murid dan 3 orang guru. Pada sesi 1991/92, sekolah ini berpindah ke bangunan baharu di Lot 19, Kampung Kurnia Batu 3 1/2, Jalan Gambang di atas tanah wakaf Tuan Haji Othman bin Haji Ibrahim.
Pada 18 April 1992, perasmian telah disempurnakan oleh Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang. Pada Julai 1994, murid Tahun Enam menduduki peperiksaan UPSR pertama dengan mencapai 94.4% kelulusan.
Pendaftaran JAIP: KS 010/89
Pendaftaran KPM: JPNP / SRI / 0060 / 2002 / K / CIC4142
Aktiviti Kokurikulum Teras SRAI
Taekwondo
Seni mempertahankan diri dan pembentukan disiplin fizikal murid.
Kelab Memanah
Sukan sunnah memanah mengasah ketenangan, fokus, dan ketepatan sasaran.
Kelab Catur
Melatih pemikiran analitikal, percaturan strategi dan ketajaman minda.
Daftar Murid Tahun 1 Sesi 2026/2027
Permohonan dibuka secara dalam talian melalui portal Awfatech rasmi.