KUANTAN — Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad (SRAI) Kuantan sekali lagi merakamkan kegemilangan akademik apabila murid-murid Tahun Enam mencapai keputusan cemerlang dengan kadar kelulusan keseluruhan sebanyak 94.4%.
Sejak kali pertama murid SRAI menduduki peperiksaan UPSR pada bulan Julai 1994, institusi ini telah membuktikan bahawa integrasi antara kurikulum kebangsaan dan pendidikan Islam berasaskan tauhid mampu melahirkan murid yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Peperiksaan Diniyyah UPSRI (Oktober)
Selain peperiksaan kebangsaan, murid-murid SRAI diwajibkan menduduki peperiksaan UPSRI (Diniyyah) di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang menguji penguasaan subjek Tauhid, Feqah, Sirah, Bahasa Arab, Tajwid dan Akhlak Islamiah.
Pihak pengurusan sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan 35 orang guru yang berdedikasi serta sokongan padu daripada ibu bapa yang sentiasa bersama pihak sekolah dalam merealisasikan Visi SRAI sebagai institusi pendidikan Islam yang memimpin di Negeri Pahang.